Social Icons

Saturday 26 October 2013

Usrah Ketiga Mingguan KRU Keningau

Oleh; Hanafi Zafril
hanafizafril@gmail.com


Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah Hirabbil'alamin, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan juga para sahabatnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat meluangkan masa bersama saya dalam rencana ketiga usrah untuk kali ini. Pada 26 Oktober yang lalu bertempat di Surau Ibn Khaldun SMK Keningau II KRU dan PSS Keningau telah berusrah sekali lagi untuk kali ketiga dalam sesi ilmu pengenalan usrah untuk memberi pencerahan yang lebih mendalam lagi kepada ahli kelab berkenaan "ada apa pada usrah" yang laksanakan setiap hari sabtu.
Mungkin ada segelintir daripada ahli kelab masih tidak mengetahui apa objektif yang perlu dicapai dalam setiap kali usrah ini. Dalam sesi ilmu pengenalan usrah inilah dapat kita mengenali 3 rukun usrah yang utama iaitu "Ta'aruf" (saling mengenali), "Tafahum" (saling memahami) dan "Takaful" (saling membantu). dalam huraian rukun ini dapatlah kita melihat indahnya nikmat islam. KRU Keningau juga akan melaksanakan Liqa' (perjumpaan mingguan) untuk usrah lanjut untuk memberi program kepada ahli kelab yang boleh diisi dengan pengisian ilmu, tazkirah dan perbincangan tentang isu-isu semasa dan masalah peribadi ahli.

Dalam matlamat kami, semua ahli kelab ini komited untuk;

"Membina Ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan Jama'ah Islam dan Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami"


Dengan slogan;

"REMAJA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK"




Wajah para ahli yang sentiasa bersemangat berusrah.


Nantikan laporan akan datang, sudut informasi KRU & PSS Keningau hanya di sini



Saturday 19 October 2013

Usrah Kedua Pimpinan KRU Keningau

Oleh; Hanafi Zafril
hanafizafril@gmail.com


Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah Hirabbil'alamin, selawat dan salam ke atas junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan juga para sahabatnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat meluangkan masa bersama saya dalam rencana kedua usrah untuk kali ini. Pada 19 Oktober yang lalu bertempat di Surau Ibn Khaldun SMK Keningau II, sekali lagi ahli KRU berkumpul dengan komitmen yang tinggi dalam menjayakan objektif yang hendak dicapai iaitu perbincangan berkenaan pemilihan jawatan dalam ahli organisasi KRU Keningau.

Sehubungan dengan itu, daripada perlantikan jawatan tertinggi sehingga lajnah bertanggungjawab telah pun dilantik dari kalangan ahli KRU ini dan secara rasminya telah memulakan tugas mereka seperti badan kepimpinan tertinggi dan sebahagian daripada barisan lajnah-lajnah. Saya memuji segala komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan oleh ahli KRU Keningau ini kerana dengan sifat keterbukaan dan dedikasi mereka telah menjadikan usrah yang kedua ini lebih lancar dan mudah dengan Izin Allah.

Setelah selesai perbincangan pemilihan kepimpinan dalam ahli kelab ini, seterusnya usrah diteruskan lagi dengan perkongsian pendapat secara personal samada berkumpul bersama muslimin sahaja dan muslimat sahaja. Dalam perkongsian ini telah wujud satu persefahaman dan ukhuwah yang telah ditampilkan oleh semua ahli KRU dan daripada ini semua maka terserlah lah keyakinan antara ahli untuk menyuarakan pendapat-pendapat lain seperti membuat baju rasmi kelab ini bagi bahagian Keningau. Tapi masih dalam perancangan :D

Walaupun usrah kedua ini agak kekurangan, tetapi kami semua gembira dapat melaksanakan urusan kami untuk membangunkan dam mempergiatkan kerja dakwah dalam kelab ini. Semoga dengannya kita mendapat kemengang islam kelak, Amin Ya Rabbal Alamin :)




"REMAJA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK"





Para muslimat berbincang :D



Wajah Barisan Kepimpinan KRU Keningau dan PSS yang baru sekali lagi mencorak arus dan bentuk kepimpinan yang unggul, memoir diabadikan bersama gambar ini.


Nantikan laporan akan datang, sudut informasi KRU & PSS Keningau hanya di sini



Tuesday 1 October 2013

Usrah Pertama Penubuhan KRU & PSS Keningau

Oleh : Hanafi Zafril
hanafizafril@gmail.com


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd.

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah Hirabbil'alamin, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah dan juga para sahabatnya. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana diberi peluang dan ruang untuk mencerna minda seketika di laman blog ini. Untuk rencana pertama ini, saya sebagai ketua lajnah penerbitan & informasi bertanggungjawab untuk "update the headline" usrah pertama yang diadakan di Surau Ibn Khaldun, SMK Keningau II pada 1 Oktober 2013 yang lalu. Usrah yang pertama kali diadakan di Keningau ini pada 1 Oktober lalu telah membuka lembaran baru bagi persatuan yang amat berpengaruh di Negeri Sabah ini yang amat bergiat aktif membangunkan modal insan islamiah telah pun mengorak langkah pertama di Bumi Keningau, terutamanya kepada SMK Keningau II yang menjadi sekolah perintis di Pedalaman Sabah.

Antara agenda yang dibawa dalam usul usrah pertama ini ialah;


  • Menubuhkan organisasi KRU PSS yang efektif di SMKK II dan seluruh Keningau.
  • Melahirkan generasi rabbani di kalangan pelajar SMKK II dan seluruh Keningau.
  • Melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan mental.

Dengan tertubuhnya PSS & KRU di SMK Keningau II dan seterusnya Daerah Keningau ini, Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kami semua kelapangan dada untuk terus dalam istiqomah memperjuangkan agama Allah iaitu Islam :)

Seperti yang telah tertulis dalam cogan kata kelab ini;

"REMAJA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK"


Barisan Kepimpinan KRU SMK Keningau II dan PSS Keningau dalam memoir gambar Usrah Pertama PSS & KRU Keningau pada 1 Oktober lalu.

Nantikan laporan akan datang, sudut informasi KRU & PSS Keningau hanya di sini