Social Icons

Saturday 2 November 2013

Usrah Mingguan Keempat Platform Transformasi "Sifar" kepada "Wira"


Oleh; Hanafi Zafril
hanafizafril@gmail.com


Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah Hirabbil'alamin, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan juga para sahabatnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang Maha Esa kerana dapat kita sekali lagi meluangkan masa bersama saya dalam rencana keempat usrah untuk kali ini. Tema diberi "Usrah Platform Transformasi "Sifar" kepada "Wira" telah membuka mata hati setiap ahli kelab ini untuk lebih memperbaiki diri dalam kelemahan dan kelunturan akidah dan iman yang semakin menebal dan terbuai dengan buaian indah duniawi.

Dalam usrah kali ini, Kakak Liyana Azuren Abdul Rauf telah berkongsi ilmu dan pandangan berkenaan persoalan peranan menjadi seorang muslim dan mukmin yang sejati. Kupasan demi kupasan isu-isu semasa berkenaan perihal remaja dalam kancah permasalahan duniawi diselitkan dalam perbincangan. Dalam sebuah buku (dah lupa judulnya) yang dibawa dalam usrah ini oleh Akak Liyana telah memberikan satu impak positif selepas dibaca setiap petikan yang disampaikan Akak Liyana. Penyampaian yang agak ringkas dan mudah tetapi memberi kesan yang mendalam bagi semua ahli ketika berusrah.Apabila disentuh tajuk "bertuhankan facebook", di sana barulah kami menyedari akan hakikat penggunaan media sosial ini dengan betul mengikut syariat islam. Begitu juga cara pemakaian dan lain-lain lagi yang mencakupi segala aspek cara hidup dalam kehidupan dunia untuk menjamin ketaqwaan kita di dunia dan keredhaan kita di akhirat kelak. Sekian sahaja bagi pena saya kali ini, semoga ianya bermanfaat bagi anda semua :D

Dengan slogan;


"REMAJA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK"



Dari "sifar" kepada "wira", semangat usrah KRUPSS bersemangat waja!


Nantikan laporan akan datang, sudut informasi KRU & PSS Keningau hanya di sini


No comments: