Social Icons

Saturday 9 November 2013

Usrah Mingguan Kelima "Usrah Hijrah PSS & KRU Keningau"


Oleh; Hanafi Zafril
hanafizafril@gmail.com


Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah Hirabbil'alamin, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan juga para sahabatnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang Maha Esa kerana dapat kita sekali lagi meluangkan masa bersama saya dalam rencana kelima usrah untuk kali ini. Bersempena sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan yang disambut di seluruh negara pada bulan ini, menandakan tahun hijrah telah pun melangkah ke tahun 1435 Hijrah. Dengan menyahut seruan penghijrahan dari pelbagai aspek kehidupan duniawi kepada holistik berbahasa, berbudi, dan beramal.

Memasuki bab kedua dalam buku diari usrah bertajuk "saya mestilah muslim di sudut aqidah", perbincangan dan perkongsian yang mendalam mendidik diri untuk lebih memahami dasar keislaman itu sendiri. Dalam tajuk ini juga diselitkan 3 elemen penting dalam matlamat kehidupan tujuan penciptaan manusia, antaranya;

Khalifah

Menggalang ganti kenabian, menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama.

Ubudiyyah
Mengabadikan diri kepada Allah, melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Amanah

Beriman dan tidak mengkhianati perintah Allah dan RasulNya, tidak mengkhianati diri sendiri.

Keseluruhan bagi keterangan di atas, definisinya mengesakan Allah dengan beribadah semata-mata kepadaNya. Ibadah merupakan tujuan penciptaan alam semesta ini. Iktikad bahawa Allah mencipta, memiliki, dan mentadbir segala sesuatu. Iktikad bahawa Allah tuhan yang sebenar dan tiada tuhan selainNya dan tidak sama dengan makhluk, tidak mengurang, mengubah dan menafikan tidak mentafsirkan bentuk sifat.

Dengan apa yang telah dipelajari, istiqomah untuk memperbaiki diri semakin menebal di hati kami. Dengan adanya usrah ini dapatlah kita memperbaiki kualiti dan jati diri islam yang lebih jitu dikalangan ahli kelab mahupun sahabat yang lain. Semoga Allah memberkati usaha kita mendekatkan diri padaNya.

Amin Ya Rabbal Alamin..



Dengan slogan;

"REMAJA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK"




9 November detik bersejarah bagi "Penghijrahan" dari kejahilan diri selama ini.

Nantikan laporan akan datang, sudut informasi KRU & PSS Keningau hanya di sini


No comments: